Wednesday, 17 August 2011

Tuesday, 2 August 2011

Tahan Lapar dan Dahaga

Assalamualaikum.

Semoga kalian semua berada dalam rahmatNya.

Hari ini sudah pun memasuki hari ke-2 kita berpuasa. Bagaimana rasanya? Alhamdulillah jika kamu semua masih berpuasa penuh. Sangat rugilah sesiapa yang meninggalkan puasa kecuali di atas sebab keuzuran. Adakah kita berpuasa ini, hanya menahan lapar dan dahaga sahaja?

Sebenarnya TIDAK.

Berpuasa sebenarnya melatih kita untuk lebih bersabar dalam segala yang kita lakukan. Sabar supaya tidaklah pahal puasa itu hilang begitu sahaja. Kita juga perlu menjaga seluruh anggota badan daripada melakukan kemungkaran. Contohnya jaga penglihatan mata daripada tercemar melihat imej-imej yang tidak menutup aurat.

Tabiat Membazir ..

Assalamualaikum.

Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah bulan Ramadhan semakin menghampiri. Begitu pantas masa berlalu. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat lebih beribadat dan melipat gandakan pahala.

Tabiat membazir seakan-akan sinonim apabila munculnya bulan puasa. Bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh seperti cendewan selepas hujan lebih mendorong manusia untuk berbelanja lebih daripada keperluaannya. Bukan salah peniaga sama sekali! Namun lihatlah diri kita sendiri.

Kita membeli kerana terdorong dengan NAFSU. Maka tabiat buruk ini perlulah diusir, bukan sahaja pada bulan Ramadhan namun kita juga perlu biasakan dalam kehidupan seharian untuk berjimat.

Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat membuatkan anda berfikir, betapa pentingnya amalan berjimat-cermat dalam hidup kita.

sumber : Google

Sunday, 24 July 2011

Memberi tanpa DiMinta

Assalamualaikum.

Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah s.w.t.

bilakah amalan 'Memberi tanpa DiMinta' ini dilakukan? atau dalam kata lain ialah sedekah. mungkin sesetengah daripada kita hanya bersedekah apabila kota-kotak dihulurkan di masjid. mungkin juga seseorang mengatakan senyum :) itu sedekah.

sumber : Google
"Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya". (Riwayat Muslim)

Subhanallah. Cuba bayangkan jika kita bersedekah duit kepada fakir miskin walaupun seringgit, dan duit itu dapat digunakan untuk membeli makanan. Dan apabila mereka kenyang, mereka dapat beribadat kepada Allah s.w.t. dengan hati yang senang. Bukankah kita sudah mendapat pahala kerana membantu hamba Allah ini ?

Sedekah ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Pertama, dalam bentuk senyuman :)
Mungkin kesannya tidak begitu ketara, namun Senyum juga merupakan Sedekah. Apabila kita melemparkan senyuman kepada seseorang, mungkin hatinya akan sedikit tenang dan membantu mengurangkan bebanan yang ada.
sumber : Google

Kedua, sedekah dalam bentuk barang.
Contohnya apabila kita memberi sedekah duit untuk pembangunan surau atau masjid. Selagi surau atau masjid itu digunakan untuk melakukan ibadah, insyaAllah kita akan mendapat pahala. Dan sebaiknya apabila bersedekah, kita perlu memberi seikhlas hati dan tidak mengungkit benda yang telah disedekahkan.

Sesuatu juga dianggap sebagai sedekah apabila ;

- Mengeluarkan kata-kata yang baik
- Langkah ke Masjid
- Mengalih duri daripada jalan (elakkan mudharat)
- Menolong saudara mengangkat beg atau bebanan yang berat

Segala ilmu yang dikongsikan hanya ibarat setitik air di lautan. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan betulkanlah sekiranya tersalah.

Friday, 22 July 2011

Pen Hitam


Hidup tidak selalunya Indah
Langit tak selalu cerah

sumber : google