Tuesday 2 August 2011

Tabiat Membazir ..

Assalamualaikum.

Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah bulan Ramadhan semakin menghampiri. Begitu pantas masa berlalu. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat lebih beribadat dan melipat gandakan pahala.

Tabiat membazir seakan-akan sinonim apabila munculnya bulan puasa. Bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh seperti cendewan selepas hujan lebih mendorong manusia untuk berbelanja lebih daripada keperluaannya. Bukan salah peniaga sama sekali! Namun lihatlah diri kita sendiri.

Kita membeli kerana terdorong dengan NAFSU. Maka tabiat buruk ini perlulah diusir, bukan sahaja pada bulan Ramadhan namun kita juga perlu biasakan dalam kehidupan seharian untuk berjimat.

Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat membuatkan anda berfikir, betapa pentingnya amalan berjimat-cermat dalam hidup kita.

sumber : Google

No comments:

Post a Comment