Tuesday 2 August 2011

Tahan Lapar dan Dahaga

Assalamualaikum.

Semoga kalian semua berada dalam rahmatNya.

Hari ini sudah pun memasuki hari ke-2 kita berpuasa. Bagaimana rasanya? Alhamdulillah jika kamu semua masih berpuasa penuh. Sangat rugilah sesiapa yang meninggalkan puasa kecuali di atas sebab keuzuran. Adakah kita berpuasa ini, hanya menahan lapar dan dahaga sahaja?

Sebenarnya TIDAK.

Berpuasa sebenarnya melatih kita untuk lebih bersabar dalam segala yang kita lakukan. Sabar supaya tidaklah pahal puasa itu hilang begitu sahaja. Kita juga perlu menjaga seluruh anggota badan daripada melakukan kemungkaran. Contohnya jaga penglihatan mata daripada tercemar melihat imej-imej yang tidak menutup aurat.

No comments:

Post a Comment